InstaForex
Marketiva AGEA
LiteForex Malaysia

MEMAHAMI FOREX (TUKARAN MATA WANG ASING)

Untuk memahami forex dengan lebih mendalam, sila teruskan membaca artikel mengenai penjelasan asas dan informasi mengenai pasaran Forex yang khusus.

PASANGAN MATAWANG

Pada mulanya membaca mengenai pertukaran wang asing ini agak memeningkan, namun ia sebenarnya agak mudah jika anda mengingati du perkara: 1) Matawang pertama disenaraikan adalah asas matawang dan 2) nilai matawang adalah sentiasa 1.

Matawang US Dollar adalah boleh dikatakan asas sebagai pembahagi untuk matawang lain. Untuk matawang utama termasuk USD/JPY, USD/CHF dan USD/CAD. Untuk matawang ini dan kebanyakan matawang yang lain, nilai unit dia adalah dalam $1 USD per matawang dengan matawang kedua itu. Sebagai contoh, USD/JPY 120.01 bermaksud 1 USD Dollar sama dengan 120.01 Yen Jepun.

Bila US Dollar sebagai unit asas dan matawangmeningkat naik, ini bermaksud nilai Dollar telah melemahkan matawang yang lain. Jika USD/JPY sebelumnya telah meningkat kepada 123.01, nilai Dollar menjadi kukuh kerana sekarang ia boleh membeli lebih banyak Yen dari sebelumnya.

Terdapat tiga pengecualian dari peraturan untuk British pound (GBP), Australian dollar (AUD) dan Euro (EUR). Dalam kes ini, anda akan melihat sebagai contoh GBP/USD 1.4366, bermaksud satu British pound adalah sama dengan 1.4366 US Dollars.

Dalam tiga pasangan matawang ini, dimana US Dollar tidak lagi menjadi kadar asas, dimana peningkatan nilai tiga matawang ini akan melemahkan matawang US Dollar, ia membenarkan mengambil lebih nilai US Dollar untuk satu Pound, Euro atau pun Australian Dollar.

Dengan kata lain, jika matawang tersebut meningkat naik, peningkatan nilai matawang itu akan kukuh dan jika matawang itu menurun, maknanya matawang itu menjadi lemah.

Matawang yang tidak terlibat dengan US Dollar dipanggil matawang silang, tapi ia tetap sama. Contoh EUR/JPY 127.95 bermakna satu Euro bersamaan dengan 127.95 Yen Jepun.

Bila anda melakukan “trading” dalam Forex, anda dapat lihat terdapat dua bahagian dimana terdapat ‘bid’ dan ‘offer’. ‘Bid’ bermaksud anda boleh melakukan jualan kepada matawang tersebut ( pada masa yang sama anda membeli matawang yang kedua). ‘Ask’ pula adalah bermaksud anda boleh melakukan belian kepada matawang tersebut (pada masa yang sama anda menjual matawang kedua).

PIP

Belajar untuk menyukai perkataan ini, kerana inilah yang anda akan cari dalam kerjaya Forex anda. Pip adalah nilai terkecil dalam semua perbezaan matawang, jadi jika ianya bergerak keatas, sebagai contoh EUR/USD bergerak dari 1.2150 ke 1.2155, bermakna ianya bergerak sebanyak 5 pips.

LEVERAGE

“Leverage” ialah satu konsep yang mudah, Jika anda mempunyai $10,000 untuk “trade” anda, broker Forex anda akan membenarkan anda meminjam duit dari mereka jadi anda boleh “trade” dengan nilai kuantiti yang lebih besar. Mereka boleh meminjamkan kepada anda sehingga 400 kali ganda (400:1) untuk anda letak dalam “trade” anda. Kebanyakan broker Forex akan membenarkan anda antara 50:1 dan 100:1 untuk margin. Jika anda memasukkan $1,000 dan broker anda memberi dan membenarkan 100:1 margin, anda akan “trade” dalam “trading” anda sebanyak $100,000 padahal nilai sebenar anda hanya lah $1,000 sahaja.

Ini adalah amat penting kerana setiap pips adalah sama dengan nilai dalam jumlah Dollar. Bila anda “trade” $10,000, setiap pip yang bergerak adalah bernilai $1. Gambar rajah dibawah menunjukkan bagaimana ianya berlaku. Jika anda “trade” 10,000 nilai matawang itu, setiap pergerakkan bernilai $1. Jadi jika anda membuat belian pada 1.1445 dan menjual kembali pada harga 1.1545, anda sudah mendapat 100 x $1, atau $100. Jika anda “trade” dengan nilai $100,000, setiap pergerakan pip adalah bernilai $10 dan seterusnya.

LONG DAN SHORT

Sekarang terdapat dua cara untuk anda melakukan “trade” di pasaran Forex, dan terdapat banyak “trader” baru yang terkejut kerana mereka sebenarnya boleh mendapat banyak wang apabila matawang bergerak keatas mahupun kebawah. Mari kita mulakan secara logik apabila matawang itu bergerak keatas.

Kebanyakan orang sudah faham dan tahu dengan konsep untuk membeli sesuatu dengan harga rendah dan menjual balik bila harga meningkat tinggi. Jadi konsep membeli EUR/USD pada 1.2150 dan menjual balik pada 1.2160 dengan peningkatan 10 pips, ini dipanggil “Long”.

Bagaimanapun anda boleh melakukan ini juga secara terbalik. Jika anda rasakan yang matawang ini akan menurun lebih dari meningkat naik, anda boleh membuat “Short”. Ini hanya lah membuat secara bertentangan dari yang diatas, jual dahulu dan beli kemudian dengan harapan agar harga akan menurun untuk anda mendapat keuntungan.

Ini mungkin agak aneh dan ganjil untuk sesiapa yang masih baru mendengar perkara seperti ini, tetapi konsep nya tetap sama yang akan anda sentiasa membeli sesuatu dengan harga yang rendah dan menjual kembali pada harga yang tinggi. Tidak kira apa jua yang anda “order”, sumua transaksi mestilah cukup sifatnya dimana yang anda mesti mempunyai transaksi bila beli mesti jual kembali, selagi anda menjual pada harga yang tinggi anda akan sentiasa mendapat keuntungan.

SPREAD

Perbezaan antara broker Bursa saham dan broker Forex adalah kerana komisen. Broker Forex anda yang mengenakan sedikit komisen dan ada yang tidak mengenakan sebarang komisen. Jadi macam mana mereka membuat duit? Sebab itu lah broker Forex mengenakan “spread” iaitu perbezaan antara harga sebenar dengan harga yang ditawarkan oleh broker Forex.

Disini anda akan dapat melihat “board” biasa mengenai matawang dan juga “spread”. Ini diambil dari sumber kami pada pagi ini., dan anda akan dapat melihat contoh perbezaan antara “Offer” (harga yang anda akan tempatkan untuk “Sell order”) dan “Bid” (harga dimana anda akan tempatkan “Buy order”) adalah 3 nilai “spread” nya.

Walau apa pun apakah ertinya kepada anda? Jadi mari kita tengok dekat “board”, jika anda membeli EUR/USD pada 1.2158 yang ditawarkan pada kolum “Offer” dan dengan jual nya kembali dengan cepat sebelum hara bergerak,anda hanya akan mendapat pada harga 1.2155 seperti yang ditunjukkan di kolum “Bid”. Jadi hasilnya anda mendapat -3 pips, dan ianya adalah kerugain bagi anda dan keuntungan pada broker. Ingat untuk sentiasa meletakkan nilai “spread” itu dalam akaun anda apabila anda ingin meletakkan “order”, “set target” dan juga “Stop loss”.

BEARS DAN BULLS

Anda pasti akan kehairanan melihat perkataan “Bears” dan “Bulls” pada buku Forex dan juga laman chat, kenapa mereka memperkatakan mengenai haiwan ini dalam urusan “trading” mereka. Pengertian ia sangat meluas dalam pasaran Forex. “Bears” adalah dimana pasaran dalam keadaaan harga pasaran menurun, contoh bila terdapat ramai yang melakukan “Sell” dari “Buy” di pasaran. “Bull” pula adalah keadaan dimana nilai pasaran dalam keadaan menaik, dimana ram,ai yang melakukkan “Buy” dari yang melakukan “Sell” di pasaran.

Forex dan juga pasaran lain akan hanya menahan antara “Bull” dan “Bears”. Jika anda dapat mengenali seseorang yang boleh melakukan lonjakan atau anda dapat membaca pergerakan arah, sudah pasti anda lebih mudah untuk melakukan nya.

Jadi yang diatas itu hanya lah asas sahaja, terdapat banyak lagi yang perlu anda pelajari untuk membantu anda. Jika terdapat sesuatu bab yang saya tertinggal dan anda ingin membacanya, sila tuliskan di bahagian komen dibawah dan saya akan cuba untuk meletakan artikel ini jika boleh.

PENGIRAAN KEUNTUNGAN DAN KERUGIAN

Dipasaran Forex ini, dimana pergerakkan matawang seluruh Negara didunia di beli dan dijual. Forex sentiasa menumpukan pada pasangan matawang. Sebagai contoh jika anda melakukan transaksi “Buy” pada Euro dan membayar menggunakan US Dollar, atau anda melakukan “Sell” untuk Canadian Dollar untuk Yen Jepun. Nilai pelaburan Forex ini meningkat dan menurun adalah kerana kadar pertukaran matawang atau kadar Forex. Pertukaran ini boleh berlaku bila-bila masa sahaja dan kerap kali kerana disebabkan oleh pengaruh ekonomi dan juga permainan politik. Dengan “hypothetical Forex Investment” akan menunjukkan anda bagaimana untuk mengira keuntungan dan kerugian dalam “trading” Forex.

Untuk memahami bagaimana kadar matawang ini memberi kesan keatas nilai pelaburan Forex anda, anda mesti mempelajari bagaimana sifat Forex. Sifat Forex sentiasa aktif dan berpasangan. Sebagai contoh, US Dollar dengan Canadian Dollar. Contoh, USD/CAD = 170.50 bermaksud satu US Dollar bersamaan dengan 170.50 Canadian Dollar.Matawang yang berada di sebelah kiri, “/” (USD sebagai contoh) adalah sentiasa bersamaan dengan 1. Matawang yang berada di sebelah kanan “/” (CAD sebagai contoh) adalah matawang kedua. Contoh satu Dollar anda boleh membeli 170.50 CAD, kerana ianya lebih kukuh dengan dua matawang. US Dollar dianggap sebagai matawang tengah dalam pasaran Forex dan sentiasa menjadi pasangan kepada matawang-matawang yang lain.

Sekarang kita terus tumpukan pada “hypothetical Forex investment” yang akan menunjukkan kepada anda jika anda boleh mendapat keuntungan atas jangka masa pendek “trading” Forex. Sebagai contoh, pasangan matawang adalah US Dollar dan juga Euro. Kadar Forex untuk EUR/USD pada 26 Ogos 2006 adalah 1.8057 yabg bermaksud satu US Dollar sama dengan 1.0857 Euros dan jika anda membeli pada ketika itu, dengan harga 1,000 Euros, anda akan dibayar pada harga $1,0857 Euros.

Setahun kemudian, kadar untuk EUR/USD menjadi 1.2083 dengan nilai Euro telah meningkat lagi dengan berpasangan dengan USD. Jika anda menjual 1,000 Euros setahun kemudian, anda akan mendapat $1,208.30 yang bermakna $122.60 lebih tinggi dari apa yang anda dapat dari tahun lepas.

Sebaliknya, jika kadar Forex selepas setahun untuk EUR/USD = 1.0576 dengan nilai Euro telah menurun dengan berpasangan dengan US Dollar. Jika anda menjual 1,000 Euros pada ketika itu, anda akan mendapat $1,057.60 yang bermakna $28.10 kurang dari yang anda akan dapat dari tahun lepas.

2 Comments:

At July 22, 2007 at 1:53 AM, Blogger sham said...

thanks for ur writting.. good for a new trader like me

 
At May 26, 2012 at 3:28 PM, Blogger 6803man sarawak said...

Nak juge join p tau mcm mane permulaan nye.xpaham sangat.

 

Post a Comment

<< Home